Salam semua!
 
Posting kali ni nak share info tentang terapi Akupunktur yang semakin menarik minat masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
 
APAKAH AKUPUNKTUR?
 
Akupunktur adalah solusi perubatan tradisional Cina (TCM) yang diamalkan sejak ribuan tahun. Ia berdasarkan falsafah yang menyatakan penyumbatan atau gangguan terhadap aliran tenaga dalaman dipanggil “CHI/QI” boleh menyebabkan masalah kesihatan.
 
Dengan teknik memasukkan jarum halus ke atas titik-titik akupunktur pada otot dan kluster otot tertentu di tubuh kita dipercayai akan memulihkan aliran CHI/QI, mengimbangi tenaga dalam tubuh, merangsang penyembuhan dan melegakan ketegangan serta kesakitan.
 
Mengikut teori TCM, terdapat > 1000 titik-titik akupunktur di seluruh tubuh kita, masing-masing berada di saluran tenaga dinamakan “MERIDIAN”. Setiap MERIDIAN dikaitkan pula dengan sistem organ yang berlainan seperti Jantung, Selaput jantung, Limpa, Hati, Hempedu, Paru-paru, Ginjal, dll.
 
BAGAIMANA AKUPUNKTUR BERFUNGSI?
 
Akupunktur berfungsi dengan merangsang pembebasan ENDORFIN iaitu sejenis bahan kimia dalam tubuh kita yang berupaya melegakan kesakitan secara semula jadi.
 
Akupunktur juga mempengaruhi sistem saraf autonomi (saraf yang mengendalikan fungsi tubuh) dan pembebasan bahan kimia yang mengawal aliran darah & tekanan, mengurangkan keradangan dan menenangkan otak.
 
APA MANFAAT AKUPUNKTUR?
 
Antara dapatan dari kajian saintifik berkenaan manfaat Akupunktur berupaya  untuk mengatasi masalah berikut:
  • Sakit belakang 
  • Migrain & Sakit Kepala
  • Sakit lutut
  • Ketagihan nikotin / alkohol
  • Obesiti
 
KEPELBAGAIAN AKUPUNKTUR?
 
Pelbagai kaedah Akupunktur berada di pasaran dan lazimnya terdapat 3 jenis yang meluas diamalkan antaranya:
 
Akupunktur Badan (Body Acupunture) 
Kaedah yang paling biasa dipraktikkan dan digunakan untuk merawat kebanyakan masalah kesihatan.
 
Akupunktur Telinga (Auricular Acupucture)
Kaedah yang amat berguna untuk merawat ketagihan seperti merokok atau alkohol. Ia juga digunakan bersama dengan akupunktur badan untuk rawatan kemandulan.
 
Akupunktur Kepala (Scalp Acupuncture)
Kaedah khusus untuk merawat masalah strok, lumpuh, insomnia, alzeimer, tulang belakang dan ganguan sistem  saraf.
 
ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN?
 
Konsep rawatan PT&K adalah sakit sikit, semua berhasil (little pain, all gain) bukannya tak sakit, tak ade hasil (no pain, no gain). Kita akan merasa seperti sengatan/cubitan lembut hanya semasa tusukan jarum halus dilakukan ke atas titik akupuktur pada tubuh kita. Itu saja!
 
CUBALAH DULU, BARU TAHU
 
Jika kita mengalami kesukaran di dalam menangani kesakitan atau masalah kesihatan yang lain dengan kaedah perubatan moden/Allopati, kenapa kita tidak mencuba terapi Akupunktur?
 
Rangkaian Pusat Rawatan Kesihatan Tobib Healthcare menawarkan pelbagai kaedah Akupunktur badan dan Kapala mengikut kesesuaian masalah kesihatan yang dihidapi serta dilakukan oleh  juruterapi yang kompeten secara klinikal, selamat dan kos efektif.
 
Jika berminat dengan terapi Akupunktur @ Tobib Healthcare, sila repay di ruangan komen utk perincian lanjut.
 
Wallahu’alam.
 
SIHAT tu kan JIHAD!
Cheers
July 22, 2020

AKUPUNKTUR KIAN POPULAR DI MALAYSIA

Salam semua! Posting kali ni nak share info tentang terapi Akupunktur yang semakin menarik minat masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. APAKAH AKUPUNKTUR? Akupunktur adalah solusi perubatan tradisional Cina (TCM) yang […]
July 22, 2020

KENAPA MASIH RAMAI YANG TAKUT BERBEKAM?

Salam semua! Pemahaman BerBEKAM? Selain dikenali sbg rawatan sunnah, mungkin kita hanya mengetahui berBEKAM adalah satu kaedah utk keluarkan darah kotor yg dipercayai boleh memudaratkan kesihatan. Mmg itu tidak dinafikan ttp di samping itu berBEKAM […]
July 21, 2020

KOLABORASI PEMBELAJARAN BIDANG AMALAN PT&K

Salam semua! MELANGKAH KE DEPAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Dr Zamzam Mohd Walid dan team Pengajian Sepanjang Hajat (PSH) @ Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKLa) di […]
July 17, 2020

KEPERLUAN SETIAP FAMILI, SEORANG THERAPIST PT&K

Salam semua! SOROTON & UNJURAN Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila nisbah warga emas kpd jumlah penduduk mencatat peningkatan 15%. Warga emas dikategorikan […]
July 17, 2020

ADAKAH INTEGRASI PT&K DAN ALLOPATI AKAN JADI REALITI?

Salam semua! TREND SEMASA? Alhamdulillah kesedaran dan kecenderungan masyarakat terhadap solusi PT&K yg bebas dadah dan tanpa surgeri di Malaysia semakin meningkat. Trend ini disokong dgn […]
July 17, 2020

KELAYAKAN AKADEMIK MENGHANTUI PENGAMAL PT&K?

Salam semua! Industri PT&K di Malaysia seolah dilanda tsunami apabila salah satu pra-syarat utk menjadi seorang pengamal PT&K yg berdaftar mestilah memiliki kelayakan akademik yg baik. […]
July 17, 2020

2 PRINSIP ASAS JURUTERAPI PT&K

Salam semua! Kenapa masih ramai pandang negatif & wujud double standard terhadap industri PT&K di Malaysia? Apapun kita sgt hargai usaha pihak tertentu yg istiqomah melestarikan […]
July 14, 2020

INDUSTRI PT&K NI ADA MASA DEPAN KE?

Salam semua! Satu persoalan menarik utk kita renungi dari perspekrif pengamal PT&K. Sebelum 2016 mungkin soalan ini relevan tapi selepas kerajaan gazetkan AKTA 775 kita mula nampak sinar […]
July 14, 2020

ANDAI TRAGEDI HUAWEI MENIMPA INDUSTRI PT&K

Salam semua! Dunia begitu gempar bila tindakan drastik dibuat oleh kepimpinan presiden Trump menyekat persaingan bisnes HUAWEI & telah mengarahkan semua syarikat penyedia teknologi USA menghentikan kerjasama strategik dgn konglemerat China itu. […]