tobiblogo2tobiblogo2tobiblogo2tobiblogo2
  • Corporate
    • About Us
    • Contact Us
    • Management Team
    • Milestones
    • News & Events
  • Therapy Services
    • Gurah (Sinusitis)
    • Acupuncture
    • Cupping | Hijama
    • Terapeutic Reflexology
    • Meridian Massage
    • Appointment
  • Products
    • Sinusitis & Eyes
    • Veins & Nerves
    • Mystical Disorder
    • General Health
  • Therapist Courses
    • Gurah (Sinusitis)
    • Acupuncture
    • Cupping/Hijama
    • Massage
    • Authorised Trainer
    • Training Register
    • Training Calendar
  • Service Network
    • Treatment Center
    • Authorised Therapist
  • Login
    • View Orders
    • Lost Password
    • Edit Profile
0
BUKAN KE RESDUNG ITU SINUS DAN GURAH TU APA PULAK?
November 23, 2020

REFLEKSOLOGI & URUTAN TAK SAMA KE?

November 24, 2020
Salam semua,
 
Perkongsian sedikit pemahaman perbezaan di antara terapi Refleksologi vs Urutan yang walaupun nampak serupa tapi sebenarnya ia tidak sama.
 
REFLEKSOLOGI bukan URUTAN?
 
Walaupun Refleksologi sering digabungkan dengan urutan, secara teknikal ia bukan bentuk urutan. Refleksologi adalah amalan berasingan yang menggunakan tekanan tertentu ke atas titik-titik /zon refleks samada pada kaki, tangan atau telinga untuk mempengaruhi seluruh tubuh kita.
 
Manakala urutan adalah amalan yang hanya memanipulasi tisu lembut (soft tissue) ke atas tubuh kita. Perlu diketahui yang tekanan ke atas zon refleks tidak memanipulasi tisu lembut.
 
Apakah ZON REFLEKS?
 
Umumnya, zon refleks adalah kawasan yang dihubungkan ke bahagian lain dalam tubuh kita seperti jantung, limpa, hati, hempedu, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, tulang belakang, kelenjar dll. Di sebalik teori Refleksologi, degan mengenakan tekanan ke atas zon refleks samada pada kaki, tangan atau telinga akan merangsang saraf yang seterusnya menghantar isyarat ke organ-organ dan kelenjar tertentu dalam sistem tubuh kita.
 
Kenapa REFLEKS KAKI?
 
Kaki adalah cermin organ tubuh kita dan terdapat > 7000 hujung saraf di kaki kita. Dengan  mensasarkan pada pengakhiran saraf ini, refleksologi berupaya membantu aliran tenaga dalaman Qi/Chi melalui tubuh ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh penyakit atau tekanan.
 
“Kaki adalah pintu kepada 10,000 pelbagai penyakit” – Peribahasa Jepun.
 
Manfaat REFLEKSOLOGI?
 
Antara kebaikan terapi Refleksologi:
  1. Meningkatkan peredaran darah
  2. Meningkatkan daya tahan penyakit (sistem imunisasi)
  3. Membersihkan toksin & kotoran dalam badan (detoksifikasi)
  4. Mengembalikan semula tenaga
 
Kepelbagaian REFLEKSOLOGI?
 
Refleksologi biasanya dipraktikkan menggunakan jari tangan samada tanpa peralatan atau dengan bantuan peralatan khas seperti kayu refleks.
 
Terapi Refleksologi pula dibahagikan kpd 2 kategori iaitu untuk merehatkan (relaxation) dan diagnosis & penyembuhan (therapeutic). Umumnya 90% khidmat refleksologi yang ditawarkan di Malaysia adalah untuk merehatkan para pelanggan sahaja.
 
Apa pula REFLEKSOLOGI TERAPUTIK?
 
Satu teknik refleksologi untuk pemulihan serta penjagaan kesihatan tubuh badan yang holistik secara mudah, selamat dan kos efektif.
 
Di rangkaian Pusat Rawatan Kesihatan Tobib Healthcare menawarkan khidmat terapi Refleksologi Kaki Terapeutik yang menggabungkqn 3 manfaat iaitu untuk merehatkan, mengenalpasti dan mengambilkira penyelesaian masalah kesihatan yg dihidapi para pelanggan.
 
Sharing is caring!
 
Sekian, Wallahu’alam.
 
Cheers
Share
0

Related posts

November 23, 2020

BUKAN KE RESDUNG ITU SINUS DAN GURAH TU APA PULAK?


Read more
November 23, 2020

BAKTERIA RESDUNG PUNCA MENINGITIS?


Read more
July 22, 2020

AKUPUNKTUR KIAN POPULAR DI MALAYSIA


Read more

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

QR CODE SCAN

Tobib QR Code
TOBIB HEALTHCARE
YOUR PREFERRED HOLISTIC TRADITIONAL & COMPLIMENTARY MEDICINE (T&CM) SOLUTION PROVIDER

SUPPORT

  • About Us
  • Contact Us
  • Appointment
  • How To Order
  • Login / Register
  • J&T Track & Trace
  • Webmail

INFORMATION

  • News & Events
  • Payment Methods
  • Postage Fee
  • Delivery Information
  • Return Policy
  • Terms Of Services
  • Privacy Policy

CONTACT US

  • C-1-25, JALAN BUNGA PEKAN 9, BANTING UPTOWN BUSINESS CENTER, 42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
  • +6012-414 3410 | +6019-337 5313
  • ---- e-Mail ---- customercare@tobibhealthcare.com
We Accept Payment By :

Boost
Billplz

© 2018 - 2020 www.TobibHealthCare.com | Developed By COACH NOH
    0