Salam semua,
Walaupun sudah diketahui umum namun masih ramai yang masih keliru apakah sebenarnya yang dikatakan SINUS, RESDUNG (SINUSITIS) dan GURAH?
SINUS vs RESDUNG
Sebenarnya SINUS & RESDUNG adalah dua benda yang berbeza tetapi saling berkait di antara satu sama lain. SINUS merupakan rongga/ruang udara di dalam tulang tengkorak kita yang diselaputi lendir (mukosa). Betullah orang kata semua orang ada SINUS tetapi bukan setiap orang ada RESDUNG.
Jangkitan virus, bakteria dan fungas di dalam lendir yg tersumbat pada rongga SINUS Itu dinamakan SINUSITIS yang dalam istilah orang Melayu di panggil RESDUNG. Kajian menunjukkan <> 3 drpd 10 orang menghidapi masalah Resdung samada akut atau kronik.
APA KOMPLIKASI RESDUNG?
Banyak komplikasi yang dikenalpasti dan bergantung pd individu. Antara simptom yg biasa adalah sakit kepala, muka bengkak, gatal hidung, kerap bersin, gatal mata, pandangan silau/kabur, sakit telinga, sakit tekak sakit leher, sukar bernafas, nafas berbau, jerawat, hilang deria bau, hilang selera makan, dll.
RESDUNG vs GURAH?
Di dalam perubatan moden telah ada beberapa pilihan ubat-ubatan dan surgeri utk mengatasi masalah Resdung ini.
Sebaliknya di pusat rawatan kesihatan Tobib Healthcare menawarkan kaedah tradisional yg dinamakan solusi GURAH dengan menggunakan ramuan herba & botani bagi menangani punca masalah RESDUNG melalui pengeluaran lendir kotor serta berkuman secara klinikal, tanpa surgeri. Solusi Gurah dapat membantu mengatasi pelbagai simptom akibat komplikasi RESDUNG. Selain itu di Tobib Healthcare juga menawarkan pilihan lain untuk rawatan Resdung melalui terapi Akupunktur, Bekam & Refleksologi namun terapi GURAH menjadi pilihan ramai.
Sharing is caring!
Sekian, Wassalam.