tobiblogo2tobiblogo2tobiblogo2tobiblogo2
  • Corporate
    • About Us
    • Contact Us
    • Management Team
    • Milestones
    • News & Events
  • Therapy Services
    • Gurah (Sinusitis)
    • Acupuncture
    • Cupping | Hijama
    • Terapeutic Reflexology
    • Meridian Massage
    • Appointment
  • Products
    • Sinusitis & Eyes
    • Veins & Nerves
    • Mystical Disorder
    • General Health
  • Therapist Courses
    • Gurah (Sinusitis)
    • Acupuncture
    • Cupping/Hijama
    • Massage
    • Authorised Trainer
    • Training Register
    • Training Calendar
  • Service Network
    • Treatment Center
    • Authorised Therapist
  • Login
    • View Orders
    • Lost Password
    • Edit Profile
0
KENAPA MASIH RAMAI YANG TAKUT BERBEKAM?
July 22, 2020
BAKTERIA RESDUNG PUNCA MENINGITIS?
November 23, 2020

AKUPUNKTUR KIAN POPULAR DI MALAYSIA

July 22, 2020
Salam semua!
 
Posting kali ni nak share info tentang terapi Akupunktur yang semakin menarik minat masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
 
APAKAH AKUPUNKTUR?
 
Akupunktur adalah solusi perubatan tradisional Cina (TCM) yang diamalkan sejak ribuan tahun. Ia berdasarkan falsafah yang menyatakan penyumbatan atau gangguan terhadap aliran tenaga dalaman dipanggil “CHI/QI” boleh menyebabkan masalah kesihatan.
 
Dengan teknik memasukkan jarum halus ke atas titik-titik akupunktur pada otot dan kluster otot tertentu di tubuh kita dipercayai akan memulihkan aliran CHI/QI, mengimbangi tenaga dalam tubuh, merangsang penyembuhan dan melegakan ketegangan serta kesakitan.
 
Mengikut teori TCM, terdapat > 1000 titik-titik akupunktur di seluruh tubuh kita, masing-masing berada di saluran tenaga dinamakan “MERIDIAN”. Setiap MERIDIAN dikaitkan pula dengan sistem organ yang berlainan seperti Jantung, Selaput jantung, Limpa, Hati, Hempedu, Paru-paru, Ginjal, dll.
 
BAGAIMANA AKUPUNKTUR BERFUNGSI?
 
Akupunktur berfungsi dengan merangsang pembebasan ENDORFIN iaitu sejenis bahan kimia dalam tubuh kita yang berupaya melegakan kesakitan secara semula jadi.
 
Akupunktur juga mempengaruhi sistem saraf autonomi (saraf yang mengendalikan fungsi tubuh) dan pembebasan bahan kimia yang mengawal aliran darah & tekanan, mengurangkan keradangan dan menenangkan otak.
 
APA MANFAAT AKUPUNKTUR?
 
Antara dapatan dari kajian saintifik berkenaan manfaat Akupunktur berupaya  untuk mengatasi masalah berikut:
  • Sakit belakang 
  • Migrain & Sakit Kepala
  • Sakit lutut
  • Ketagihan nikotin / alkohol
  • Obesiti
 
KEPELBAGAIAN AKUPUNKTUR?
 
Pelbagai kaedah Akupunktur berada di pasaran dan lazimnya terdapat 3 jenis yang meluas diamalkan antaranya:
 
Akupunktur Badan (Body Acupunture) 
Kaedah yang paling biasa dipraktikkan dan digunakan untuk merawat kebanyakan masalah kesihatan.
 
Akupunktur Telinga (Auricular Acupucture)
Kaedah yang amat berguna untuk merawat ketagihan seperti merokok atau alkohol. Ia juga digunakan bersama dengan akupunktur badan untuk rawatan kemandulan.
 
Akupunktur Kepala (Scalp Acupuncture)
Kaedah khusus untuk merawat masalah strok, lumpuh, insomnia, alzeimer, tulang belakang dan ganguan sistem  saraf.
 
ADAKAH AKUPUNKTUR MENYAKITKAN?
 
Konsep rawatan PT&K adalah sakit sikit, semua berhasil (little pain, all gain) bukannya tak sakit, tak ade hasil (no pain, no gain). Kita akan merasa seperti sengatan/cubitan lembut hanya semasa tusukan jarum halus dilakukan ke atas titik akupuktur pada tubuh kita. Itu saja!
 
CUBALAH DULU, BARU TAHU
 
Jika kita mengalami kesukaran di dalam menangani kesakitan atau masalah kesihatan yang lain dengan kaedah perubatan moden/Allopati, kenapa kita tidak mencuba terapi Akupunktur?
 
Rangkaian Pusat Rawatan Kesihatan Tobib Healthcare menawarkan pelbagai kaedah Akupunktur badan dan Kapala mengikut kesesuaian masalah kesihatan yang dihidapi serta dilakukan oleh  juruterapi yang kompeten secara klinikal, selamat dan kos efektif.
 
Jika berminat dengan terapi Akupunktur @ Tobib Healthcare, sila repay di ruangan komen utk perincian lanjut.
 
Wallahu’alam.
 
SIHAT tu kan JIHAD!
Cheers
Share
0

Related posts

November 24, 2020

REFLEKSOLOGI & URUTAN TAK SAMA KE?


Read more
November 23, 2020

BUKAN KE RESDUNG ITU SINUS DAN GURAH TU APA PULAK?


Read more
November 23, 2020

BAKTERIA RESDUNG PUNCA MENINGITIS?


Read more

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

QR CODE SCAN

Tobib QR Code
TOBIB HEALTHCARE
YOUR PREFERRED HOLISTIC TRADITIONAL & COMPLIMENTARY MEDICINE (T&CM) SOLUTION PROVIDER

SUPPORT

  • About Us
  • Contact Us
  • Appointment
  • How To Order
  • Login / Register
  • J&T Track & Trace
  • Webmail

INFORMATION

  • News & Events
  • Payment Methods
  • Postage Fee
  • Delivery Information
  • Return Policy
  • Terms Of Services
  • Privacy Policy

CONTACT US

  • C-1-25, JALAN BUNGA PEKAN 9, BANTING UPTOWN BUSINESS CENTER, 42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
  • +6012-414 3410 | +6019-337 5313
  • ---- e-Mail ---- customercare@tobibhealthcare.com
We Accept Payment By :

Boost
Billplz

© 2018 - 2020 www.TobibHealthCare.com | Developed By COACH NOH
    0