Salam semua!
Satu persoalan menarik utk kita renungi dari perspekrif pengamal PT&K. Sebelum 2016 mungkin soalan ini relevan tapi selepas kerajaan gazetkan AKTA 775 kita mula nampak sinar cahaya kejayaan di masa depan. Itu pun kalau kita bijak ambil peluang yg terhidang di depan mata.
Di saat industri teras yg lain mencapai tahap tepu (saturated) dgn over supply tenaga kerja & gagal tawarkan peluang kerja baru, sebaliknya industri PT&K tetiba muncul dgn membuka byk ruang utk diterokai. Cuba lihat kadar pengganguran di kalangan graduan IPTA & IPTS dan berapa ramai di kalangan mereka yg ditawarkan kerja tidak setaraf dgn kelayakan & bidang kerjaya mereka? Disbbkan tak byk pilihan, mereka terpaksa akur & diharap redho dgn ketentuaNYA.
Persoalannya kenapa kita masih berebut utk memancing beramai-ramai di kolam pancing yg kita tahu dah tak byk ikan? Kenapa tak cuba beralih ke kolam lain yg byk ikan & tidak ramai didatangi pemancing? Itulah yg dinamakan strategi laut biru (blue ocean straregy) yg sentiasa menerokai (explore) sesuatu kelainan. Tp biasalah mentaliti org kita bila ada benda baru je akan lebih byk bercakap drpd ambil tindakan & mesej yg disampaikan pulak byk berbaur negatif.
Apabila org tanya Jack Ma mcmana beliau boleh begitu success dlm Alibaba online business? Jwpan menarik beliau – semasa ramai org hanya bercakap ttg peluang baru online business dlm era 90an, dia bingkas ambil tindakan strategik ke atasnya walaupun terpaksa hadapi pelbagai rintangan, cabaran & dugaan. Namun skang kita sama- sama nikmati hasilnya & org takde ruang urk bersaing atasinya. The morale is there is no short cut to success. Org yg berjaya akan sentiasa cari jalan, tp orang gagal akan memberi pelbagai alasan… kebykkan pengamal PT&K adlh usahawan, kita mesti pandai samada mencipta peluang atau mengambil peluang sebaiknya.
Kita kena yakin industri PT&K akan menjadi tumpuan apabila pada 2018 kerajaan telah keluarkan 10 years master plan spt dinyatakan dlm dokumen T&CM Blueprint 2018 – 2027. Perlu diingat industri PT&K ni dikawal dan kita percaya selagi ada sokongan drpd WHO & kerajaan, masa depannya tak perlu dirisaukan.
Wallahu’alam.
Sharing is caring!
Cheers
30 May 2019