Salam semua!
Kenapa masih ramai pandang negatif & wujud double standard terhadap industri PT&K di Malaysia? Apapun kita sgt hargai usaha pihak tertentu yg istiqomah melestarikan PT&K dan akan terus sokong hingga objektif dicapai. Persoalannya apa peranan kita sbg pengamal PT&K menzahirkan sokongan tsb? KKM & Persatuan telah bertindak tentukan polisi & garis panduan dan kitalah yg bertanggungjawab mematuhinya.. tp bagaimana ya?
Sbg therapist, saban hari kita santuni para pelanggan mendptkan servis atau produk kesihatan yg kita tawarkan. Kebiasaannya mereka akan dengar serta patuh apa jua yg kita lakukan & sarankan. Di sini pentingnya 2 prinsip asas iaitu NO HARM dan BE ETHICAL mesti diterapkan di dlm diri setiap therapist.
Secara mudah, NO HARM bemaksud apa jua prosedur rawatan yg kita lakukan tidak akan memudaratkan diri sendiri & pelanggan. Dlm terapi bekam darah sbg contoh therapist perlu memakai pelindung diri yg lengkap & pastikan tusukan jarum tidak merosakkan tekstur kulit dan sebabkan pendarahan yg serius.
Manakala BE ETHICAL pula merujuk kpd peraturan-peraturan yg ditentukan utk memperbaiki sesuatu keadaan. Setiap garis panduan & SOP mesti dipatuhi dan sentiasa melakukan penambahbaikan. Therapist mesti bersikap profesional ketika memberi servis. Sbg cth, therapist mesti menyatakan secara jujur sekiranya rawatan yg kita tawarkan tidak sesuai dgn masalah yg dihadapi pelanggan dan perlu merujuk kpd pihak hospital atau yg lebih arif. Selagi kita bepegang kpd 2 prinsip tsb, insha Allah kebersihan, keselamatan & keselesaan pelanggan akan terjamin.
Wallahua’alam.
Sharing is caring!
Cheers
10 Jun 2019