tobiblogo2tobiblogo2tobiblogo2tobiblogo2
  • Corporate
    • About Us
    • Contact Us
    • Management Team
    • Milestones
    • News & Events
  • Therapy Services
    • Gurah (Sinusitis)
    • Acupuncture
    • Cupping | Hijama
    • Terapeutic Reflexology
    • Meridian Massage
    • Appointment
  • Products
    • Sinusitis & Eyes
    • Veins & Nerves
    • Mystical Disorder
    • General Health
  • Therapist Courses
    • Gurah (Sinusitis)
    • Acupuncture
    • Cupping/Hijama
    • Massage
    • Authorised Trainer
    • Training Register
    • Training Calendar
  • Service Network
    • Treatment Center
    • Authorised Therapist
  • Login
    • View Orders
    • Lost Password
    • Edit Profile
0
KEPERLUAN SETIAP FAMILI, SEORANG THERAPIST PT&K
July 17, 2020
KENAPA MASIH RAMAI YANG TAKUT BERBEKAM?
July 22, 2020

KOLABORASI PEMBELAJARAN BIDANG AMALAN PT&K

July 21, 2020
Salam semua!

MELANGKAH KE DEPAN

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Dr Zamzam Mohd Walid dan team Pengajian Sepanjang Hajat (PSH) @ Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKLa) di atas kepercayaan dan sokongan untuk berkolaborasi dengan Akademi Tobib Healthcare dalam usaha memartabatkan industri perubatan tradisional & komplementari (PT&K) menerusi latihan kemahiran & keusahawanan kepada para juruterapi.

Memandangkan bidang PT&K ini semakin diminati sebagai satu cabang kerjaya, maka pendidikan ilmu yang komprehensif perlu dititik-beratkan demi melahirkan para pengamal PT&K yg kompeten dan profesional.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Menerusi kerjasama ini pihak Tobib Healthcare bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dalam bidang amalan PT&K masing-masing serta silibus kursus yang merangkumi teori (30%) dan praktikal (70%) selaras dengan fokus KKKLa yang menekankan aspek kemahiran teknikal. Manakala pihak KKKLa pula bersedia menawarkan fasiliti dan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta pengeluaran sijil penyertaan kepada para peserta kursus.

TAWARAN KURSUS

Tobib Healthcare merupakan penyedia solusi holistik PT&K merangkumi latihan kemahiran juruterapi, produk herba & botani, khidmat rawatan kesihatan dan program rakan niaga. Dalam latihan kemahiran juruterapi, antara kursus PT&K yang ditawarkan termasuk bidang amalan GURAH, AKUPUNKTUR, BEKAM (HIJAMA), REFLEKSOLOGI KAKI , URUTAN MERIDIAN BADAN dan ASAS MEDIK. Modul kursus juga dirangka mengikut garis panduan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

PROGRAM KEUSAHAWANAN

Kesinambunagan dari program latihan kemahiran, pihak Tobib Healthcare juga menawarkan peluang keusahawanan kepada juruterapi yang berminat dan berkemampuan untuk menyertai rangkaian rakan niaga Pusat Rawatan Kesihatan Tobib Healthcare yang eksklusif hanya satu bagi setiap daerah di seluruh negara. Program ini membolehkan setiap rakan niaga mendapat bimbingan keusahawanan dan sokongan dari pengurusan Tobib Healthcare dalam menguruskan bisnes mereka sendiri.

Bagi juruterapi yang kurang berkemampuan tetapi berhasrat mempraktikkan ilmu yang dipelajari boleh menyertai team Mobile Therapist & Stokiest di bawah kawal selia Tobib Healthcare sepenuhnya.

PENGIKLANAN & PEMASARAN KURSUS

KKKLa dan Tobib Healthcare memainkan peranan bersama dalam aktiviti pengiklanan dan permasaran kursus-kursus PT&K ini. Justeru sebarang info lanjut  boleh disalurkan ke unit PSH @ KKKLa di talian 03-3120 2030 samb 102/104 atau reply PM di ruangan komen untuk perincian secara online.

Mari perbetulkan BIG WHY kita, kuasai ILMU sebaiknya dan praktikkan secara BERETIKA. Percaya dan yakinlah KEJAYAAN menanti kita di hadapan.

Wallahu’alam.
Sharing is caring!
Cheers
19 Jun 2019
Share
0

Related posts

November 24, 2020

REFLEKSOLOGI & URUTAN TAK SAMA KE?


Read more
November 23, 2020

BUKAN KE RESDUNG ITU SINUS DAN GURAH TU APA PULAK?


Read more
November 23, 2020

BAKTERIA RESDUNG PUNCA MENINGITIS?


Read more

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

QR CODE SCAN

Tobib QR Code
TOBIB HEALTHCARE
YOUR PREFERRED HOLISTIC TRADITIONAL & COMPLIMENTARY MEDICINE (T&CM) SOLUTION PROVIDER

SUPPORT

  • About Us
  • Contact Us
  • Appointment
  • How To Order
  • Login / Register
  • J&T Track & Trace
  • Webmail

INFORMATION

  • News & Events
  • Payment Methods
  • Postage Fee
  • Delivery Information
  • Return Policy
  • Terms Of Services
  • Privacy Policy

CONTACT US

  • C-1-25, JALAN BUNGA PEKAN 9, BANTING UPTOWN BUSINESS CENTER, 42700 BANTING, SELANGOR DARUL EHSAN
  • +6012-414 3410 | +6019-337 5313
  • ---- e-Mail ---- customercare@tobibhealthcare.com
We Accept Payment By :

Boost
Billplz

© 2018 - 2020 www.TobibHealthCare.com | Developed By COACH NOH
    0