Salam semua!
SOROTON & UNJURAN
Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila nisbah warga emas kpd jumlah penduduk mencatat peningkatan 15%. Warga emas dikategorikan kumpulan yg berumur => 60 tahun di mana mereka masih bersemangat utk terus menjalani gaya hidup yang sihat serta berpenampilan segak & kemas. Dgn fasiliti perubatan & penyelidikan teknologi rawatan terkini, jangka hayat manusia dpt dipanjangkan. Di Malaysia, purata jangka hayat adalah 75 tahun di mana kaum Adam <> 73 tahun berbanding kaum Hawa <> 78 tahun.
Kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di Malaysia jauh meningkat apabila perkhidmatan di hospital & klinik awam, hospital pakar dan klinik swasta mencatat permintaan yg tinggi. Saban hari kita perhatikan masa menunggu yg lama utk mendapatkan rawatan doktor & berlakunya kesesakan di wad-wad hospital awam & swasta. Skim kad insuran & takaful kesihatan seperti di negara maju semakin mendapat tempat di kalangan golongan berpendapatan tinggi dan sederhana. Bagaimana pula dgn golongan B40?
REFORMASI KESIHATAN KEBANGSAAN (NATIONAL HEALTH REFORM)
Dlm taklimatnya, Menteri Kesihatan berjanji akan memberi tumpuan ke arah mempertingkat penyampaian penjagaan kesihatan (delivery of healthcare) di Malaysia. Walaupun badan antarabangsa mengiktiraf Malaysia sbg penyedia penjagaan kesihatan bertaraf dunia namun kadar peningkatan penyakit seperti diabetes, hipertensi, buah pinggang, denggi, batuk kering, mental di kalangan masyarakat sangat membimbangkan.
PELAN TINDAKAN
KKM memperkenalkan konsep 3P iatu Promosi, Pencegahan & Perlindungan (Promotive, Preventive & Protective) utk memberi kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan. Bg golongan B40, KKM akan melancarkan Program Penjagaan Kesihatan (PKB40) merangkumi Pemeriksaan, Diagnosis & Rawatan paling awal melibatkan 3.9 juta pasangan suami–isteri. Manakala program insuran mySALAM juga akan diperkenalkan khusus untuk 36 jenis pentakit kritikal yg perlukan perbelanjaan besar.
PENJAGAAN UTAMA (PRIMARY CARE)
Demi meningkatkan perkhidmatan kesihatan, KKM sdg dlm usaha integrasi di antara klinik & hospital, ke arah digitalisasi di mana rekod perubatan diurus secara elektronik dan mewujudkan khidmat mudah alih (mobile service) untuk mengurangkan masa menunggu & kesesakan di hospital.
PEMBIAYAAN PENJAGAAN KESIHATAN (HEALTHCARE FINANCING)
Industri kesihatan menyumbang 4.5% kpd KDNK (GDP). Bayaran perkhimatan semasa RM1/RM5 dirasakan sudah tidak mampan untuk menampung kos perkhidmatan kesihatan yg meningkat. Justeru KKM akan melakukan reformasi kesihatan dari berasaskan cukai (subsidi kerajaan) kepada sistem kewangan kesihatan sosial (insuran & takaful kesihatan). Persoalannya – bersedia dan mampukah kita membayar premium tahunan?
DI MANA PERANAN PT&K?
Kelebihan PT&K berupaya mencegah & merawat masalah kesihatan. Individu yg sihat boleh menjalani terapi PT&K utk mencegah dari gangguan kesihatan apatah lg yg sakit, PT&K membantu mengatasi masalah yg dihidapi. Tanpa kita sedari ia sebahagian program PKB40 dlm memberikan rawatan awal yg boleh dilakukan di rumah (mobile service) oleh pengamal PT&K. Sewajarnya bg setiap famili memiliki seorang pengamal PT&K yg dpt memberi bantuan awal menangani masalah kesihatan ahli keluarga supaya tidak menjadi lebih kronik serta berupaya megatasinya secara kos efektif.
Bg menyatakan aspirasi tsb, Akademi Tobib Healthcare menjadi pilihan utama di dlm membimbing & melahirkan pengamal PT&K yg kompeten, profesional serta berpeluang menjadi usahawan yg berjaya.
Wallahu’alam
Sharing is caring!
Cheers
19 Jun 2019