Salam semua!
Industri PT&K di Malaysia seolah dilanda tsunami apabila salah satu pra-syarat utk menjadi seorang pengamal PT&K yg berdaftar mestilah memiliki kelayakan akademik yg baik. Di dlm AKTA 775, KKM telah mensyaratkan semua pengamal PT&K perlu memiliki kelayakan minima Diploma yg diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) khusus dlm setiap bidang amalan PT&K yg dipraktikkan. Isu kelayakan akademik ini telah menjadi cabaran besar bagi kebanyakan pengamal PT&K terutama mereka yg telah bekecimpung di dlm industri ini sejak sekian lama.
Kita tidak memprotes usaha murni pihak berwajib menaiktaraf industri PT&K sbg sokongan menjadikan Malaysia pusat serantau pendidikan & kesihatan yg terulung. Cuma beberapa persoalaan telah bermain di benak kepala kita antaranya:
-
Mana satu Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) dlm negara yg mana menawarkan kursus-kursus PT&K yg diiktiraf MQA?
-
Apakah bidang-bidang amalan PT&K yg dibenarkan oleh KKM?
-
Apakah kelayakan akedemik yg diperlukan utk mengikuti kursus PT&K?
-
Berapa lama jangkamasa utk mengikuti kursus PT&K?
-
Adakah kursus PT&K dijalankan sepenuh masa atau boleh diikuti secara sambilan?
-
Adakah disediakan fasiliti utk menampung kos pembiayaan utk mengikuti kursus PT&K?
Utk merungkai kecelaruan di atas, MQA berkolaborasi dgn KKM dan ahli panel PT&K telah merangka garis panduan & program standard di IPTA/IPTS bg menggalakkan kepelbagaian pendekatan dlm rangka kerja yg bersesuaian dgn keperluan sumber manusia nasional dan global serta keperluan sosio-ekonomi komuniti PT&K sebagaimana diperincikan di dlm dokumen T&CM Standard Program.
Menyingkap kembali saranan Tun Dr Mahathir yg menyeru rakyat terutama generasi muda mengamalkan sikap kerajinan, penguasaan ilmu dan amanah utk memperoleh kejayaan dalam hidup. Kesemua nilai hidup utama itu penting bg memastikan bangsa Malaysia setaraf dgn bangsa lain di dunia yg lebih maju ketika ini. Faktor sesuatu kejayaan itu adalah dgn mempercayai nilai hidup yg mempunyai pengaruh kuat kpd kehidupan kita.
Jika kita ada ilmu tetapi malas atau tidak rajin, kita tidak akan berjaya. Namun, jika kita tidak berilmu tetapi sentiasa berusaha, kita akan berjaya. Namun, jika kedua-dua nilai hidup itu dikombinasikan, ia pasti menghasilkan kejayaan bukan saja kepada diri malah bangsa dan negara ini.
Wallahu’alam.
Sharing is caring!
Cheers
13 Jun 2019