Salam semua!
TREND SEMASA?
Alhamdulillah kesedaran dan kecenderungan masyarakat terhadap solusi PT&K yg bebas dadah dan tanpa surgeri di Malaysia semakin meningkat. Trend ini disokong dgn adanya <> 17 Hospital/Pusat Kesihatan kerajaan yg telah memberi ruang menyediakan solusi PT&K kpd pesakit mereka. Malah di pihak swasta telah ramai doktor perubatan mula mendalami ilmu PT&K serta menyediakan premis berlainan utk mempraktikkan prosedur rawatan ke atas para pesakit mereka.
INTEGRASI PT&K DAN ALLOPATI?
Kedua-dua bidang PT&K dan Allopati adalah cabang ilmu perubatan yg diaplikasikan ke atas subjek yg sama iaitu tubuh MANUSIA. Walaupun keduanya mempunyai asas & konsep yg berbeza ttp menjurus ke arah matlamat yg sama utk mengatasi masalah kesihatan yg dihidapi oleh MANUSIA.
Samada PT&K atau Allopati ada kelemahan/kekurangan tersendiri yg sehingga kini masih belum ada solusi tuntas. Contohnya, bidang Allopati tiada elemen spiritual dan PT&K pula tiada peralatan diagnosis yg moden serta kekurangan kajian klinikal. Atas dasar itu perlu adanya sinergi di antara bidang PT&K dan Allopati sbg pelengkap satu sama lain.
ANTARA DUA DARJAT?
Kita sedia maklum terdapat jurang yg tinggi dari segi estabishment & profesionalism di antara bidang Allopati berbanding PT&K. Tidak keterlaluan diibaratkan Allopati sbg Usain Bolt yg mampu berlari 100 meter sepantas 9.58 saat sedangkan PT&K bagai anak kecil yg baru bertatih.
Tidak perlu kita sbg pengamal PT&K merasa rendah diri disbbkan jurang darjat tsb krn mmg sukar utk kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dgn kemajuan mereka. Namun kita masih ada ruang utk mengisi kekosongan dlm bidang Allopati & begitulah sebaliknya. Sbg pengamal perubatan berlainan bidang kita mesti RESPECT, bukan CONDEMN antara satu sama lain. Ilmu yg kita pelajari & praktikkan hanyalah sbg asbab merawat penyakit & sesungguhnya penyembuhan itu milik ALLAH secara mutlak .. janganlah kita SOMBONG & BONGKAK!
IKLAN & PEMASARAN PT&K?
Banyak transformasi telah/sedang dilakukan selaras dgn pemodenan bidang PT&K dari aktiviti tradisional ke tahap profesional. Sokongan, pembabitan & kerjasama dari kalangan pengamal PT&K pun sangat positif… syabas. Memandangkan industri PT&K di Malaysia diterajui oleh pihak swasta, terdpt sedikit cabaran utk pihak KKM mengawal-selia dari segi pematuhan & kawalan kususnya aspek pengiklanan dan pemasaran perkhidmatan atau produk kesihatan.
Di media sosial, kita masih terdedah dgn byk pengiklanan & pemasaran solusi PT&K yg bersifat OVER CLAIM dlm mempengaruhi masyarakat umum dgn hanya bermodalkan TESTIMONI pelanggan. Masih ramai penyedia solusi PT&K bebas mengaitkan dgn penyakit tententu dan banyak produk-produk kesihatan yg masih belum berdaftar dgn KKM. Perlu diingatkan, bidang perubatan merupakan cabang sains yg perlukan kajian saintifik (scientific research) dan pembuktian saintifik (scientific evidence). Kedua-duanya mesti diadaptasi dlm bidang Allopati dan PT&K. Malang sekali tidak ramai pengamal PT&K yg memandang serius dan mengambil peluang melakukannya walaupun amat dialu-alukan oleh pihak IPTA/IPTS.
KESIMPULAN?
Kita berbesar hati kerana ramai pengamal Allopati telah menunjukkan minat terhadap solusi PT&K dan mula menghulurkan tangan utk berintegrasi demi kebaikan bersama. Persoalannya, bersediakah kita menyambut tangan dan menerima prinsip dan cara amalan sistematik mereka dgn berlapang dada & hati terbuka? Fikir-fikirkan lah!
Wallahu’alam.
Sharing is caring!
Cheers
17 Jun 2019