Salam semua,
 
Perkongsian sedikit pemahaman perbezaan di antara terapi Refleksologi vs Urutan yang walaupun nampak serupa tapi sebenarnya ia tidak sama.
 
REFLEKSOLOGI bukan URUTAN?
 
Walaupun Refleksologi sering digabungkan dengan urutan, secara teknikal ia bukan bentuk urutan. Refleksologi adalah amalan berasingan yang menggunakan tekanan tertentu ke atas titik-titik /zon refleks samada pada kaki, tangan atau telinga untuk mempengaruhi seluruh tubuh kita.
 
Manakala urutan adalah amalan yang hanya memanipulasi tisu lembut (soft tissue) ke atas tubuh kita. Perlu diketahui yang tekanan ke atas zon refleks tidak memanipulasi tisu lembut.
 
Apakah ZON REFLEKS?
 
Umumnya, zon refleks adalah kawasan yang dihubungkan ke bahagian lain dalam tubuh kita seperti jantung, limpa, hati, hempedu, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, tulang belakang, kelenjar dll. Di sebalik teori Refleksologi, degan mengenakan tekanan ke atas zon refleks samada pada kaki, tangan atau telinga akan merangsang saraf yang seterusnya menghantar isyarat ke organ-organ dan kelenjar tertentu dalam sistem tubuh kita.
 
Kenapa REFLEKS KAKI?
 
Kaki adalah cermin organ tubuh kita dan terdapat > 7000 hujung saraf di kaki kita. Dengan  mensasarkan pada pengakhiran saraf ini, refleksologi berupaya membantu aliran tenaga dalaman Qi/Chi melalui tubuh ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh penyakit atau tekanan.
 
“Kaki adalah pintu kepada 10,000 pelbagai penyakit” – Peribahasa Jepun.
 
Manfaat REFLEKSOLOGI?
 
Antara kebaikan terapi Refleksologi:
  1. Meningkatkan peredaran darah
  2. Meningkatkan daya tahan penyakit (sistem imunisasi)
  3. Membersihkan toksin & kotoran dalam badan (detoksifikasi)
  4. Mengembalikan semula tenaga
 
Kepelbagaian REFLEKSOLOGI?
 
Refleksologi biasanya dipraktikkan menggunakan jari tangan samada tanpa peralatan atau dengan bantuan peralatan khas seperti kayu refleks.
 
Terapi Refleksologi pula dibahagikan kpd 2 kategori iaitu untuk merehatkan (relaxation) dan diagnosis & penyembuhan (therapeutic). Umumnya 90% khidmat refleksologi yang ditawarkan di Malaysia adalah untuk merehatkan para pelanggan sahaja.
 
Apa pula REFLEKSOLOGI TERAPUTIK?
 
Satu teknik refleksologi untuk pemulihan serta penjagaan kesihatan tubuh badan yang holistik secara mudah, selamat dan kos efektif.
 
Di rangkaian Pusat Rawatan Kesihatan Tobib Healthcare menawarkan khidmat terapi Refleksologi Kaki Terapeutik yang menggabungkqn 3 manfaat iaitu untuk merehatkan, mengenalpasti dan mengambilkira penyelesaian masalah kesihatan yg dihidapi para pelanggan.
 
Sharing is caring!
 
Sekian, Wallahu’alam.
 
Cheers
November 24, 2020

REFLEKSOLOGI & URUTAN TAK SAMA KE?

Salam semua, Perkongsian sedikit pemahaman perbezaan di antara terapi Refleksologi vs Urutan yang walaupun nampak serupa tapi sebenarnya ia tidak sama. REFLEKSOLOGI bukan URUTAN? Walaupun Refleksologi sering digabungkan dengan urutan, secara […]
November 23, 2020

BUKAN KE RESDUNG ITU SINUS DAN GURAH TU APA PULAK?

Salam semua, Walaupun sudah diketahui umum namun masih ramai yang masih keliru apakah sebenarnya yang dikatakan SINUS, RESDUNG (SINUSITIS) dan GURAH? SINUS vs RESDUNG Sebenarnya SINUS & RESDUNG adalah […]
November 23, 2020

BAKTERIA RESDUNG PUNCA MENINGITIS?

Salam semua, Memandangkan RESDUNG adalah simptom yang banyak dihidapi oleh masayarakat di seluruh dunia, maka ramai beranggapan ia adalah masalah biasa tanpa memandang serius kesan buruk yang […]
July 22, 2020

AKUPUNKTUR KIAN POPULAR DI MALAYSIA

Salam semua! Posting kali ni nak share info tentang terapi Akupunktur yang semakin menarik minat masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. APAKAH AKUPUNKTUR? Akupunktur adalah solusi perubatan tradisional Cina (TCM) yang […]
July 22, 2020

KENAPA MASIH RAMAI YANG TAKUT BERBEKAM?

Salam semua! Pemahaman BerBEKAM? Selain dikenali sbg rawatan sunnah, mungkin kita hanya mengetahui berBEKAM adalah satu kaedah utk keluarkan darah kotor yg dipercayai boleh memudaratkan kesihatan. Mmg itu tidak dinafikan ttp di samping itu berBEKAM […]
July 21, 2020

KOLABORASI PEMBELAJARAN BIDANG AMALAN PT&K

Salam semua! MELANGKAH KE DEPAN Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah, Dr Zamzam Mohd Walid dan team Pengajian Sepanjang Hajat (PSH) @ Kolej Komuniti Kuala Langat (KKKLa) di […]
July 17, 2020

KEPERLUAN SETIAP FAMILI, SEORANG THERAPIST PT&K

Salam semua! SOROTON & UNJURAN Malaysia akan mencapai status negara tua menjelang 2030 apabila nisbah warga emas kpd jumlah penduduk mencatat peningkatan 15%. Warga emas dikategorikan […]
July 17, 2020

ADAKAH INTEGRASI PT&K DAN ALLOPATI AKAN JADI REALITI?

Salam semua! TREND SEMASA? Alhamdulillah kesedaran dan kecenderungan masyarakat terhadap solusi PT&K yg bebas dadah dan tanpa surgeri di Malaysia semakin meningkat. Trend ini disokong dgn […]
July 17, 2020

KELAYAKAN AKADEMIK MENGHANTUI PENGAMAL PT&K?

Salam semua! Industri PT&K di Malaysia seolah dilanda tsunami apabila salah satu pra-syarat utk menjadi seorang pengamal PT&K yg berdaftar mestilah memiliki kelayakan akademik yg baik. […]